Semangat Rerumput

Author: profit

ROOTS OF COURAGE
SEMANGAT RERUMPUT

Dibumi yang terhampar luas, aku kelihatan begitu kerdil
Tubuhku tak setegap pohon jati yang berakar tunjang
tak sekukuh da semegah gunung nan tinggi
Tak seperti mekar melati yang harum mewangi

Rejaman angin ribut tak mampu ku tepis
Terjahan hujan dan taufan yang mencurah tak dapat ku tangkis
Cengkam terik mentari terus saja membengis

Namun
Perjuangan hidupku tak pernah goyah

Aku percaya, sesungguhnya
Angin ribut yang membuas
Hujan taufan yang mengganas
Terikan mentari yang mencengkam
Tak betah merobek semangatku
Tak terdaya menghambat pertumbuhanku
Tak bisa menghalangku membiak melata ke serata penjuru

Aku yakin, sebenarnya
Buas angin taufan sekadar menyapu debuan dibahuku
Ganas hujan ribut umpama menabur baja khasiat kepadaku
Terik cengkam mentari hanyalah bagaikana sajian hidangan kehidupanku

Aku sedar, bahawasanya
Ribut taufan sebenarnya menambah tumbuh kental jiwaku
Terikan mentari bagaikan memberi nafas baru
Dan kini semangat rerumput menjadi pegangan hidupku


-----------------------------------------------------------------

In this vast open field
I seem very minute

I have not the strength of a mighty oak tree
Nor the greatness and pride of the mountains
Nor the beauty and splendour of the pure white lily

I can't avoid the strong guts of wind
I am defenseless against the forceful rain
Am helpless under the merciless heat of the sun

However
My heart never wavers in the face of difficulties

I believe

even if the wind is unfeeling
If the rain is savage and icy cold
The heat of the sun is unyielding
It will never uproot my courage
Will not retard my growth
Nor hinder me from reaching far and wide

I am confident
The mighty wind will only puff away the dust on my shoulders
The unrelenting rain is just sowing fertilizers for my growth
The ruthless sun is just proiding me with nutrients

I realize
The ferocious wind is strengthening me
The unsympathetic sun is giving me new life
And now I have the roots of courage in me

 

Author: profit

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku

Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah… kurniakanlah
Kami isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup ini disirami nur kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya


Lagu : Putra Aiman
Lirik : ITO Lara

 

Author: profit

Kepada yg masih SINGLE... Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN... Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL... Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI... Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

 

My Headlines